Saturday, July 28, 2012

Ramadhan kembali lagi....:)

(gambar di atas nie ialah gambar masjid Al-Azhar,yang menjadi lambang ilmu di seluruh dunia) Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakaatuhu...lme sudah aku tak update blog aku nie,aku pon xtahu la nape,malas 2 satu,sebab selalu layan facebook tu satu,satu lagi mungkin aku nie kurang modal untuk menulis (mengkin la...),blog aku nie macam di anak tirikan pulak,sian kau blog...ok untuk posting kali nie,aku akan ctekan sedikit sebanyak pasal hidup aku di Bulan Ramadhan yang mulia ini....tapi ape kne gambar atas 2 ngan bulan Ramadhan ye???,alhamduliLLAH,aku diberi izin oleh ALLAH untuk berpuasa di bumi anbiya,Mesir...

hari nie hari ke-10 aku berpuase di bumi pintu 3 benua nie.....secare amnye,alhamduliLLAH,aku xdek masalah untuk berpuase di musim panas nie..sebab ape??sebab aku jadi anak dare time pose nie,xkuaq umah main2 la,kuaq bila ade kje jek..ha3..klu musim panas di Kaherah (tempat aku duduk nie),mmg panas,suhu lebih kurang 34-35 C,da la panas kering,tu yang aku xberani nak dok kat luar umah lme2 tu,lme kang xberpuase aku....

yang ke-2,hari mle2 aku pose dlu,aku tdo hari untuk hari tu saje kat 10 jam,peh korang banyang la punye lme aku tdo hari tu,rase macam xpose pon ade....pas sbuh tdo,sampai nak masuk zohor,pastu tertdo plak kul 3 sampai kul 6....bangun2 tu da nak bukak pose....kering pose aku hari tu...malam nye pulak mmg xtdo la sebab pagi tu tdo banyak,n standart budak2 laki bujang yang belajo kat cni,rate2 mmg xtdo malam mae Ramadhan...sebab ape???ha,korang tahu kan sbuh kat cni masuk kul 3 setengah??ok,abes taraweh kul 10,pastu ilek2 makan2 sambil bukak facebook,da pukul 11,pastu nak boleh tdo tu lme la jgk,kekadang kul 12 tu xleh nak tdo lagi,pastu nak masak kne stat kul 2 setengah lagi,klu x masak time tu,mmg melepas la ko nak sahur ngan nasi....that's why we tdoq mse pagi....tapi klu tdoq pagi,mmg melantak kaw2....caye la...alhamdulillah,sekarang aku pon da agak berjaye kurangkan mse tdo aku,sedikit demi sedikit....

yang ke-3,pasal bukak pose nie yang best nak cte,aku ase nanti next update aku cte sal bukak pose ek,sebab aku xigt langsung nak amik gambo makanan bukak pose kami... em,yang aku banyak cte nie pasal buruk aku mse bulan Ramadhan jek,ok,nie nak cte ckit pasal baik yang aku bleh buat mse Ramadhan kali ni....alhamduliLLAH,ALLAH maha kuase,DIA berikan aku sedikit kuase lebih kat aku,nak bace quran mse bulan pose,n alhamduliLLAH,ditambah semangat yang membare nak bace quran nie,bleh la aku bace quran nie,walaupun xbanyak....n ape yang aku wat nie,xpernah aku wat kat Malaysia,kat cni nak bace quran,senang jek,xpayah push2,ble da bce kekadang xnak berhenti rase,sampai kne pakse berenti pon ade,ha3,xpernah aku rase semangat bace quran cmni sepanjang aku beramadhan kat Malaysia..tapi aku xcakap kat Malaysia nie mmg lubuk malas,cme nak kate semangat 2 ade ble aku dok cni,dari mne datang tu,ade la,tapi aku malas cte,nanti panjang sangat...

ok la kengkawan,aku nak abeskan posting aku kali nie kat cni,aku ingin ucapkat Salam Ramadhan kepade sume kaum muslin n muslimat seluruh dunia,pose leklok,jangan ponteng2 ya...pastu amal tu,upkan ckit,ikot la amal ape yang korang bleh wat,kurang2 besekan solat sunat lepas solat fardu ek....semoga berjumpa lagi sume...Assalamualaikum...:)

Saturday, November 12, 2011

Raye Korban..




~Bila tiba raya Haji...~
~Semua kambi~ng cabut lari...~

tergelak aku bile aku teringat lagu itu dinyanyikan oleh sahabat-sahabat aku semasa kami berada di sekolah menengah dahulu...lagu itu di'modified' sebab mahu mengenekan seorang kawan aku yang digelar sebagai 'kambing'..(sebab apa dia digelar sebagai kambing,aku xnak cte kat cni..hehe..yang pasti bukan sebab die busuk macam kambing yang menyebabkan orang lain menggelarnye sebagai kambing...)

rupe2nye da kali ke 19/20 aku sambut hari raya 'Aidiladha sepanjang hidup aku...terutame skali,aku bersyukur kepadamu ya ALLAH,kerana memberi kesempatan kepada hambaMu yang hina ini untuk hidup sihat sehingga hari ini..

yang ke-2,aku bersyukur kerana aku dapat merasa suasana raya di negara orang..aku telah menyambut hari raya di Mesir,satu negara yang sangat masyhur dengan sejarah2 silam samada dalam sejarah ketamadunan islam atau bukan islam...

nie aku nak cte ckit pasal suasane hari raye kat negare Mesir nie...orang arab,lepas terbit matahari,mereka terus bertakbir raya....klu di Malaysia,kita mungkin memulakan takbir raya seawal 7.30 pagi atau lewat..lagu raye mereka (orang arab) pon tidak same seperti mane lagu takbir raya kita di Malaysia..mereka ada tona lagu sendiri,dan tona lagu mereka berunsurkan semangat..di Malaysia,tona lagu yang kte bawa telah dicop sebagai suatu tona lagu yang amat syahdu...tetapi kte mesti igt,tona lagu takbir raya yang ade di Malaysia sekarang ini,adalah salah satu dari lagu tarannum Al-Quran..kata Al-Fadhil Ust Radzi Kamarulhaihan,lagu raya yang dibawa di Malaysia mengikut lenggok tarannum Sikah,dan lagu Sikah ini sesuai digunakan untuk ayat2 Al-Quran yang membawa maksud gembira...jadi dengan itu,tona lagu takbir raya di negara kita ini,bukanlah berunsurkan kesedihan tetapi kegembiraan..namun,apa yang menyebabkan tona lagu takbir raya di negara kita nie dicop sebagai tona lagu yang menyedihkan,wALLAHu a'lam...

yang ke-3,aku sangat2 bersyukur,kerana diberi kesempatan untuk merasa suatu makanan yang jarang/tidak dapat dirasai di Malaysia

apakah itu??

ha,nie yang aku nak cte,alhamdulillah,aku dapat merase daging unta..aku igt daging unta nie spesel,upenye bese jek..sme jgk kot macam daging lembu n sebagainya..cme yang bezanya nme daging 2 je la..mgkn daging unte nie rase die sedap ckit,sebab mse aku makan daging 2,daging2 unte tu lembut..xtau la mgkn secare xsengaje aku dapat bahagian yang lembut ke cmne,yang pasti daging yang aku makan 2 lembut..sedap la...hu3...

akhir sekali,aku ingin mengucapkan selamat hari raye aidliadha (walaupun sudah lewat) kepada pengunjung2 blog aku yang da bersarang nie (sebab da lme xupdate)..aku mohon ampun dan maaf kepada kalian atas segala salah silap daripada diri ini,kerana diri ini manusia,tidak lepas dari salah dan silap...semoga ALLAH memberkati kita semua..

A~miin..

Wednesday, July 20, 2011

lme da xupdate blog...




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu...
da lme da tak update blog...hehehe..
aku ase nak update pon sebab kawan fb aku post yang die da lme tak update blog...
time 2 la aku ase aku nak update blog aku yang serba hitam nie...
ok kawan2,aku kat Masjid Tanah,Melaka nie alhamdulillah,chat2 aja...
sekarang nie tengah 'panas' orang dok bercerita,bagi peringatan,bincang masalah,buat persiapan,untuk bulan Ramadhan nie.....
haa kawan2 bulan Ramadhan da dekat....
best!!!
bagi yang kecik2 dlu,spe2 pose sehari,dapat singgit,sebulan dapat la RM30...
mse kecik2 dlu,spe dapat duit raye sampai RM 100 sorang,pergh! mmg kaye,bangge jek ase cte kat kawan2..
aku mse kecik2 dlu pon duit raye xde la sampai RM 100,kawan aku lak,ade la yang sampai RM 400..
bangge die cte kat ktorang...hahahah..
anyway,2 zaman kecik2 dlu,zaman xpkir pape lagi...
sekarang nie kat zaman remaje...
klu blan pose nie,xde la letih sgt nak buat amal ibadah,sebab setan pon xde,tggal nafsu jek..
yang nie la kte nak kne lawan,tapi besenye,ramai jgk la yang 'terkandas' dek nafsu nie,so,mai la kte pakat2 lawan nafsu kte nie,demi kebaikan untuk mse hadapan..
igt! blan Ramadhan adalah bulan dimana satu bulan yang spesel untuk kte memperbanyakkan amalan kte,burn dose,latih wat amal ibadah,n so on la...
insyaALLAH...
tanpa memanjangkan kalamku,aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN bagi sume umat islam khususnya di Malaysia....
Semoga ALLAH memberkati kamu semua...
:)

Saturday, February 26, 2011

Syeikh Abdullah Al-Hariri



NAMA DAN TEMPAT LAHIRNYA: Beliau adalah seorang yang alim, al-`Allamah al-Muhaddith, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah `Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’ rahimahullah, berasal dari Harar , berketurunan al-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun]. Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).

PEMBESAR DAN PERJALANAN HIDUP BELIAU: Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan kepadanya kitab “al Muqaddimah al-Hadhramiyyah” dan kitab “al-Mukhtasar al-Saghir” dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya. Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadith telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadith-hadith nabi ketika beliau berumur kurang daripada 18 tahun. Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah rahimahullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salaf al-saleh yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafi`e dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya. Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti “Alfiah Zubad”, “Kitab Tanbih”, “Minhaj”, “Alfiah bin Malik”, “al-Luma’ al-Syirazi” dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary rahimahullah, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary rahimahullah, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi rahimahullah, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary rahimahullah, Syeikh Yunus al-Habasyi rahimahullah dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty rahimahullah. Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh al-Saleh Ahmad al-Basir, al-Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi. Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah. Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi. Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddith Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh. Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim al-Sayyid `Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddith Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby al-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al-Naqsyabandiyyah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani Al-Naqsyabandi. Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadith dan membaca hadith-hadith nabi daripada Syeikh al-Muhaddith Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadith iaitu Syeikh al-Muhaddith Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddith Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Selepas itu beliau menuju ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary rahimahullah ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimasyq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimasyq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al-Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddith al-Diyar al-Syamiyyah". Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifa`eyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh al-Toyyib al-Dimasyqi. Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

SIFAT BELIAU: Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab [al-Quran] dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

KITAB KARANGAN BELIAU: Syeikh Abdullah al-Harary sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana beliau amat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, di samping menentang golongan sesat yang mereka cipta perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap juga menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah antaranya ialah : 1. Syarah Alfiah Al-Suyuthi. 2. Qasidah Fi al-I’tiqad. 3. Al-Sirath al-Mustaqiim 4. Syarah al-Sirath al-Mustaqiim 5. Al-Dalil al-Qawim ‘Ala al-Sirath al-Mustaqiim. 6. Mukhtasar Abdillah al-Harary al-kafil Bi ‘Ilmi al-Din al-Dharury ‘Ala Mazhab al-Syafi`e. 7. Mukhtasar Abdillah al-Harary al-kafil Bi ‘Ilmi al-Din al-Dharury ‘Ala Mazhabi al-Imam Malik. 8. Mukhtasar Abdillah al-Harary al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah. 9. Bughyah al-Thalib li Ma`rifat al-`Ilmi al-Din al-Wajib. 10. Al-Ta’aqqub al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sahha Minal Hadith. 11. Nashrat al-Ta’aqqub al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadith 12. Al- Rawaih al-Zakiyyah fi Maulid al-Khair al-Bariyyah. 13. Syarah Aqidah Al- Nasafiyyah. 14. Syarah al-fiyah al-Zubad fi fiqh al- Syafi`e. 15. Syarah Matan Abi Syujaa’ Fi Fiqhi al-Syafi`e. 16. Syarah Matn al-‘Ashmawiyyah. 17. Syarah Mutammimah al-Ajurumiyyah fi al-Nahu. 18. Syarah al-Baiquniyyah. 19. Sharih al-Bayan fi al-Radd ‘Ala Man Khalaf al-Quran. 20. Al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyf al-Dhalalaat Ahmad ibn Taimiyah. 21. Kitab al-Durr al-Nadhidi Fi Ahkam al-Tajwid. 22. Idzhar al-‘Aqidah al-Sunniyyah bi Syarah al-‘Aqidah al- Thahawiyyah. 23. Al-Tahzir al-Syar`ie al-Wajib 24. Mandzumah “Nasihat al-Thullab”. 25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyat al-Nur al-Muhammady. 26. Risalah Fi Radd ‘ala Qaul al-ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah. 27. Al-Durar al-Bahiyyah Fi Halli Alfadz al-‘Aqidah al-Tahawiyah. 28. Al-Ghaarat al-Imaniyyah Fi Radd al-Mafasid al-Tahriryyah. 29. Syarah Mandzumah al-Shibyan fi al-‘Arudh 30. Syarah al-Sifat al-Salats ‘Asyarata al-Wajib Lillah 31. Al-’Aqidah al-Munjiyyah 32. Syarah al-Tanbih 33. Syarah Manhaj al-Tullab. 34. Syarah Kitab Sullam al-Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Li al-Syeikh Abdillah Ba`lawi

KEWAFATANNYA: Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya. Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith), Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah al-Harari..Waliyullah...

P/S:aku amik nie dari facebook orang......
secara peribadi yang aku dapat knekan.....
inilah ulama yang sangat dikagumi....
thiqahnya terlalu tinggi.....
sangat suhah untuk berjumpa dengan ulama yang mempunyai thiqah setinggi beliau....
semoga kita dapat contohi sedikit sebanyak sifat ulama ini....
ami~n ya ALLAH...
-xkAn iSlAm HiLaNg di DuNiA-

Sunday, February 20, 2011

Ikan bakar....



sedap la weiiiii makan ikan bakar.....
lme da aku xmakan ikan bakar......
mak aku agk selalu la masak ikan bakar,tapi kali nie,ikan bakar yang aku makan 2 lain ckit......
nie ctenye.......

malam selmalam aku join group kak aku,g pancing ikan kath kampung membe kak aku nie.......
g pancing ikan kat dalam kawasan kampung membe kak aku 2...
kawasan kampung die 2 mak ai,punye la besau,10 ekar.......
disebabkan datang malam hari,aku xdpt tgk btol2 besar mne tanah kampung die 2,tapi dalam pkiran aku,mmg gle pnye besar,klu joging pusing 1 kampung 2,konpem tercabut lutut korang....ha3......
dipendekkan cte,aku sampai2 2,ade sekor ikan yang da kne umpan (sbb membe kak aku 2 tinggalkan pancing diorang sebelum datang kat umah aku).....
ade lagi pancing len yang terkene umpan,tapi da dok kt tengah kolam 2,ikan bawak lari...he3.....
aku tgk ikan yang dapat 2,besar la....
ade orang tnye kat membe kak aku nie,"ikan ape 2???"
membe kak aku 2 pn jawab,"2 ikan ???? (aku xigt la nme ikan 2,pelik nme ikan 2),ikan 2 ikan kacukan"....
patut la besar semacam jek ikan 2,gemuk lak 2.......
pastu ktorang lepaskanla 3 pancing dalam mse ktorang lepak2 kat ctu,tapi 1 jek yang kne...
2 pn jenis ikan yang sme.......
lpas dapat ikan 2,bwak la ikan 2 ke temat bakar...
selepas disiang,maka ikan itu sedia dibakar....
mse tengah bakar ikan 2,aku tgk mlut ikan 2 masih bergerak2,gasping for air to save its life......
kesian aku tgk ikan 2 tapi nk wat cmne an,ikan 2 mmg utk di makan......he3....
lepas siap 2,makan la ikan 2......
nk cakap kt korang,xabis aku makn ikan 2,kenyang gle...
tapi mmg patut kot xabis......
korang bayangkan........
aku makan ikan 2,kre2 30-40% yang aku sorang makan....
mle2 makan 4 orang...
xsempat abis sebelah ikan 2,tggal 2 orang jek yang lahap ikan 2....
maunye xabis.....
pastu yang ade skali ngan aku 2,sume baru aku kenal...
nk makan pn,segan semacam jek..........
tapi khulasahnye,aku puas hati makan ikan malam 2.......
semoga dapat makan ikan yang besar macam 2 lagi....
ha3....

Friday, February 18, 2011

broadband oh broadband........



cantik kan broadband nie......
ha3...
ade cte disebalik broadband yang cantik nie.....hu3....
cmni ctenye.....
awal bulan ai 2,broadband pak sedare aku yang aku gne wat online sepanjang aku ade kt umah nie,da xbleh digunekan lagi,disebabkan oleh bill yang mungkin pak sedare aku terlupe nk baya (ye la,die kn dah xgne broadband 2).....
aku mle2 wat xtau jek ah........
tapi...
kak aku cakap,die nk tlg bayarkan bill broadband 2(die nk gne internet an)...
aku pn ok jek ah.....
cari ah kedai nk baya bende alah nie,n jmpe kedai 2....
ade 3 cte psal nk baya broadband 2...

cte 1....

aku pn g ah masuk kedai 2.....
ble nk baya 2,kak kaunter 2 mnx no i/c pemilik SIM broadband 2.....
aku pn garu kpale n cakap kt kak 2,"xde la kak no i/c 2..."
ka 2 pn cakap xleh nk buat bayaran....

cte 2....

2 hari lepas 2,aku g balik kedai 2,dengan harapan supaye aku n kak aku bleh gne internet malam nie....
aku bertolak dari umah kul 5 sku.....
sampai kt sne dalam kul 5 stgah (separuh jalan,aku nek moto ngan member aku,separuh jaln lagi,aku jalan kaki,2 lambat 2)..
sampai kt kedai 2,aku tgk kedai 2 xttp lagi...
aku masuk kedai 2,n cakap kt kak kedai 2 yang aku nk bayar broadband...
kak 2 pn cakap,"kaunter da ttp dik,kedai jek yang xttp lagi"......
aku pn,frust gle2 ah,yela,balik kne jalan kaki....
klu jalan kaki 2,dalam setengah jam jgk ah baru sampai umah....
nk xnak 2,kne la balik umah jalan kaki........

cte 3....

esk 2,aku ajak member aku g kedai 2,nek moto die......
kul 4 lagi aku g bertolak ke kedai 2.....
ade kje ckit yang aku kne selesaikan dlu sebelum aku g bayar broadband 2,so,aku sampai kt kedai 2,dalam 4 stengah....
aku masuk kedai 2,n cm bese la,cakap kat kak kedai 2 yang aku nk baya broadband (dalam kedai 2 xde olang laki ah,2 asyik jmpe ngan kak jek)....
kak 2 pn mnx no i/c pemilik SIM broadband 2.....
aku pn bagi la no i/c pak sedare aku...
ble kak 2 masukkan no i/c 2 dalam sistem diorang,n kak 2 pn cakap,"adik kne g celcom center.....sbb ade masalah ckit..."
ya ALLAH,ko paham la ape yang aku ase time 2 an......
aku pn balik ah,n dengan niat aku xnk layan da broadband 2.....

n sekarang,aku register broadband maxis,atas nme aku....
tapi baayarannye,aku kongsi dengan kak aku.....
he3.....
itulah cte aku pasal broadband......
ha3....

Sunday, January 30, 2011

Result STAM....

tahun baru 2011 xsampai sebulan membuka tirainya,tetapi ade juga berita yang mengejutkan awal2 tahun cmni.....
hai,teruk jgk rasenye,......
aku xsampai 2 mggu dok umah,da ade brite yang mengejutkan nie.....
ha...
ape brite 2????
beritanya.....
result STAM kuar 31/1/2011.....
haiaaaaaa...
macam2 la komen aku dengar..
ade yang cakap "knp awal sangat???"
ade lak yang cakap "penulis berita 2 sakit perut kot,mgkn die clap tulis tarikh..."
ade jgak yang komennya xkurang hebat "argh! xbuat solat hajat lg!!!"
begitulah ragam bdak2 yang amik periksa STAM 2010......
ha3.....
klu aku sendiri pn terkejut la jgk.....
yela,cepat semacam jek result luar an.......
tp pape pn,aku rase ok jgk kuar awal2......
xlme aku tanggung rase berdebar nie.....
tp d sebalik sume d atas 2,yang pentingnye usaha yang telah kita tunjukkan semasa menghadapi pekse an (motivasi diri gua)...
kpd sume calon STAM 2010,khusuhnya calon d Kolej YIK,k.l,kelantan...
semoge mendapat result yang cemerlang,aku doakan kejayaan korang sume.....
tapi korang jangan lpe kt aku yek.....
pasal result 2,bagitau laaaaaa,jangan kedekut...
he3.....