
~Bila tiba raya Haji...~
~Semua kambi~ng cabut lari...~
tergelak aku bile aku teringat lagu itu dinyanyikan oleh sahabat-sahabat aku semasa kami berada di sekolah menengah dahulu...lagu itu di'modified' sebab mahu mengenekan seorang kawan aku yang digelar sebagai 'kambing'..(sebab apa dia digelar sebagai kambing,aku xnak cte kat cni..hehe..yang pasti bukan sebab die busuk macam kambing yang menyebabkan orang lain menggelarnye sebagai kambing...)
rupe2nye da kali ke 19/20 aku sambut hari raya 'Aidiladha sepanjang hidup aku...terutame skali,aku bersyukur kepadamu ya ALLAH,kerana memberi kesempatan kepada hambaMu yang hina ini untuk hidup sihat sehingga hari ini..
yang ke-2,aku bersyukur kerana aku dapat merasa suasana raya di negara orang..aku telah menyambut hari raya di Mesir,satu negara yang sangat masyhur dengan sejarah2 silam samada dalam sejarah ketamadunan islam atau bukan islam...
nie aku nak cte ckit pasal suasane hari raye kat negare Mesir nie...orang arab,lepas terbit matahari,mereka terus bertakbir raya....klu di Malaysia,kita mungkin memulakan takbir raya seawal 7.30 pagi atau lewat..lagu raye mereka (orang arab) pon tidak same seperti mane lagu takbir raya kita di Malaysia..mereka ada tona lagu sendiri,dan tona lagu mereka berunsurkan semangat..di Malaysia,tona lagu yang kte bawa telah dicop sebagai suatu tona lagu yang amat syahdu...tetapi kte mesti igt,tona lagu takbir raya yang ade di Malaysia sekarang ini,adalah salah satu dari lagu tarannum Al-Quran..kata Al-Fadhil Ust Radzi Kamarulhaihan,lagu raya yang dibawa di Malaysia mengikut lenggok tarannum Sikah,dan lagu Sikah ini sesuai digunakan untuk ayat2 Al-Quran yang membawa maksud gembira...jadi dengan itu,tona lagu takbir raya di negara kita ini,bukanlah berunsurkan kesedihan tetapi kegembiraan..namun,apa yang menyebabkan tona lagu takbir raya di negara kita nie dicop sebagai tona lagu yang menyedihkan,wALLAHu a'lam...
yang ke-3,aku sangat2 bersyukur,kerana diberi kesempatan untuk merasa suatu makanan yang jarang/tidak dapat dirasai di Malaysia
apakah itu??
ha,nie yang aku nak cte,alhamdulillah,aku dapat merase daging unta..aku igt daging unta nie spesel,upenye bese jek..sme jgk kot macam daging lembu n sebagainya..cme yang bezanya nme daging 2 je la..mgkn daging unte nie rase die sedap ckit,sebab mse aku makan daging 2,daging2 unte tu lembut..xtau la mgkn secare xsengaje aku dapat bahagian yang lembut ke cmne,yang pasti daging yang aku makan 2 lembut..sedap la...hu3...
akhir sekali,aku ingin mengucapkan selamat hari raye aidliadha (walaupun sudah lewat) kepada pengunjung2 blog aku yang da bersarang nie (sebab da lme xupdate)..aku mohon ampun dan maaf kepada kalian atas segala salah silap daripada diri ini,kerana diri ini manusia,tidak lepas dari salah dan silap...semoga ALLAH memberkati kita semua..
A~miin..